Minggu, 06 Januari 2013

Hatake Kakashi

Nama : Hatake Kakashi
Lahir : 15 September
 

Desa : Desa Konohagakure (Desa Daun Tersembunyi)   
Umur : 29 Tahun
Golongan Darah : A
Warna Mata : Hitam Di Bag Kanan, Merah (Sharingan) Di Bag Kiri
Warna Rambut : Putih
Tinggi : 181 cm
Berat : 67,5 kg
Nama Ayah : Sakumo Hatake
Nama Ibu : -
Nama Bijuu :
-
Tingkatan : Jounin

Guru : Minato Namikaze(Hokage ke 4)

Jutsu : 


  • Kagebunshin (membuat klon dengan membagi chakra sama rata)
  • Chidori/Raikiri (mengumpulkan chakra di tangan dan merubah jadi petir)
  • Mizu bunshin (bunshin air)
  • Gokakyo no jutsu (jurus bola api besar)
  • Magen narakumi (genjutsu yg di awali dengan keindahan dan di akhiri dengan kepedihan)
  • Doton shinjuzhansu (teknik memunculkan tangan dari bawah tanah dan menariknya ke dalam tanah)
  • Doton mokuragakure (tekik membuat tanah menjadi pasir dan menarik musuh ke dalam)
  • Magenkyo kamui (memindahkan sesuatu ke dimensi lain)
  • Raiton kagebunshin (bunshin petir)
  • Kchiyose tsuiga (memanggil ninken anjing dari bawah tanah dan langsung menyerang musuh)
  • Suiton daibukufu (memunculkan air ke atas stinggi 5 meter dan menjatuhkan ke musuh)
  • Suiton suijinheki (dinding air)
  • Kirigakure no jutsu (menciptakan penyelubung kabut)
  • Suiton suiryudan (naga air yg bisa menembakkan misil air)
  • Suiton suikoudan (mengubah air menjadi hiu dan mengamuk)
  • Konoha ryuu mikazuki no mai (aliran konoha tarian bulan sabit)
  • Kekai shishienjin (empat dinding api)
  • Shuriken kagebunshin (klon shuriken)
  • Kagebunshin fuma shuriken (bayangan shuriken besar)
  • Karyuuendan (bola naga api)
  • Repusho (pukulan badai angin pengoyak)
  • Doton doryuudan (kombinasi api dengan tanah membentuk meteor yg ada apinya)
  • Dokugiri (kabut racun)
  • Kazekiri no jutsu (jurus pembelah angin)
  • Magenkyo tenchiten (tehnik pembalik ilusi)
  • Kuchiyose no jutsu (tehnik memanggil hewan)
Latar Belakang :
  
     Kakashi merupakan salah seorang dari Jonin dari perkampung ninja Konoha di Negara Api. Kakashi juga merupakan pemimpin terkini dalam Pasukan 7 yang pada awalnya terdiri daripada Uzumaki Naruto, Haruno Sakura dan juga Uchiha Sasuke. Dia juga turut dikenali di persada dunia ninja dengan gelaran "Ninja Peniru Kakashi" ataupun "Sharingan Kakashi" kerana kebolehan yang diperolehnya melalui mata Sharingan pada mata kirinya. Mata ini telah membantunya meniru sekurang-kurangnya 1000 jurus ninja sewaktu pertempuran. Namun demikian, mata Sharingannya bukanlah miliknya tetapi mendiang kawan karib dan rakan seperjuangannya Uchiha Obito.
   
Walaupun Kakashi mengatakan dalam episod 3 bahawa dia mempunyai banyak hobi, cuma satu sahaja yang sering dilakukannya iaitu membaca novel dewasa ""Icha Icha Paradise" (イチャイチャパラダイス Icha Icha Paradaisu, ataupun "Syurga Asmara") hasil karya Jiraiya yang terkenal di dalam dunia Naruto. Kakashi sering dilihat membaca novel ini sewaktu menjalankan misi bersama Pasukan 7 dan dalam Naruto: Shippudden, Kakashi dilihat pula membaca siri ketiga novel tersebut yang bertajuk "Icha Icha Tactics".
Kakashi mempunyai pertarungan yang nampaknya tidak akan berakhir dengan Maito Gai; Gai sentiasa mengisytiharkan Kakashi sebagai lawannya dan selalu mengajaknya bertanding. Sikap bena tak bena Kakashi pula sering membangkitkan ketidakpuasan Gai. Sehingga kini, Kakashi telah memenangi 49 daripada 99 cabaran yang dimulakan oleh Gai. Jelas sekali, Gai amat bangga terhadap kejayaannya. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan merangkumi larian pecut 100 meter, sumo, makan ramen dan juga 'Batu, Kertas, Gunting'.
Kehidupan peribadi Kakashi adalah suatu misteri yang belum dapat disangkal. Misalnya, wajah sebenar Kakashi masih belum diketahui kerana sebahagian besar mukanya disembunyikan di sebalik topeng. Dia tidak mempunyai sanak saudara dan telah mengatakan bahawa orang yang disayanginya telah pun meninggal dunia. Kakashi pernah disalah sangka sebagai "Taring Putih Konoha", Hatake Sakumo (sebenarnya, Kakashi merupakan anak kepada Taring Putih Konoha). Dalam episod 101, Pasukan 7 cuba sedaya-upaya untuk menanggalkan topeng Kakashi tetapi tidak berdaya. Namun, dipercayai wajahnya agak tampan jika mengambil kira reaksi Ayame dan ayahnya yang berjaya melihat rupa sebenar Kakashi ketika Kakashi makan ramen.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar